Unknown
Tuesday, October 7, 2014
Alen Castello: ‘Imam Rock’ cetus fenomena di FB
Alen Castello: ‘Imam Rock’ cetus fenomena di FB
“Rock macamana pun kita, Allah jangan lupa bro.” Itu pegangan bintang rock Facebook (FB), Mohd Azlan Ahmad, 33, atau lebih dikenali sebagai Alen Castello yang mencetus fenomena apabila videonya menyanyikan lagu ‘She’s Gone’ menjadi viral selepas dimuat naik di laman FB Harian Metro (HM) pada 10 September lalu.
Lebih membanggakan, selain memiliki vokal hebat, Azlan juga adalah seorang imam di Masjid Ar Rahman, Batu Ferringhi sejak dua tahun lalu.
Terbaru, dia memuat naik video yang dirakam ketika dia membaca khutbah Aidiladha di masjid berkenaan Ahad lalu.
Setakat ini video berkenaan yang turut dimuat naik di laman FB HM mendapat 17,592 likes, 177,379 tontonan dan 2,263 kongsian.
Setakat ini video berkenaan yang turut dimuat naik di laman FB HM mendapat 17,592 likes, 177,379 tontonan dan 2,263 kongsian.
“Syukur Alhamdulillah, apabila video yang dipaparkan HM sebelum ini menjadi viral usaha saya berdakwah menjadi lebih mudah kerana semakin ramai pengguna FB mengenali saya,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Jelasnya disamping berhibur, dia turut menggunakan akaun FB untuk berdakwah dengan menyelitkan nasihat keagamaan dan semakin hari ramai pengguna memberi respon yang baik.
“Bagi saya genre muzik seperti rock jika diselitkan dengan unsur dakwah dan nasihat boleh memikat hati pendengar khususnya di kalangan generasi muda,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.
Lazimnya dia bertugas sebagai imam pada siang hari iaitu pada waktu solat Zohor dan Asar, dan kemudian memulakan perniagaan char kuetiau di Batu Ferringhi selepas waktu Maghrib.
“Saya juga menjadi imam solat Jumaat dua kali sebulan, dan kadang kala bertugas menjadi bilal jika diperlukan jemaah masjid,” katanya yang mengaji sekolah pondok sejak berusia 13 tahun.
Pada mulanya dia khuatir jika video yang menjadi viral memberi imej yang tidak baik kerana tugasnya sebagai seorang imam namun jemaah masjid memberi sokongan kepadanya kerana beranggapan ia adalah kaedah yang baik untuk menarik orang muda mendekati agama.
“Setakat ini mereka (jemaah masjid) tiada masalah untuk saya teruskan tugas sebagai imam malah mereka memberi kata-kata semangat,” katanya lagi.
Sumber : Metro
0 Komentar untuk "Alen Castello: ‘Imam Rock’ cetus fenomena di FB"