Powered by Blogger.

Raja Azmi Kecewa UIAM Larang Sertai Dialog Kerana Novel Seks

Raja Azmi Kecewa UIAM Larang Sertai Dialog Kerana Novel Seks

 

RAJA AZMI KECEWA UIAM LARANG SERTAI DIALOG KERANA NOVEL SEKS


Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman kesal apabila penganjur hari terbuka Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan  menggugurkan namanya  menyertai dialog  di pusat pengajian itu pada Sabtu ini kerana ‘novel seks’.
Raja Azmi Kecewa UIAM Larang Sertai Dialog Kerana Novel Seks
Raja Azmi Kecewa UIAM Larang Sertai Dialog Kerana Novel Seks
Raja Azmi, 55,  berkata, alasan diberikan apabila dia pernah menulis novel yang  mengandungi fantasi seks melampau sedangkan dia hanya mahu mempromosikan novel terbaharu iaitu Karkuma.
“Saya terkejut apabila pertemuan bersama pelajar-pelajar UIAM Kuantan dibatalkan hanya kerana mereka baru saja membuat kajian pada salah satu novel saya yang diharamkan pada tahun 2001 iaitu Cinta 100 Ela.
“Sedangkan dalam pertemuan bersama pelajar, saya akan mempromosikan novel terbaru saya, Karkuma yang tiada kaitan dengan seks. Apakah mereka kurang membuat kajian tentang hasil karya novel terbaru saya?
“Adakah mereka tidak tahu bahawa saya pernah menghasilkan buku-buku ajaran solat kanak-kanak, komik Anak-Anak Sidek, novel politik,” katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Bagaimanapun, beritahu Raja Azmi, dia tetap akan meneruskan promosi novel Karkumadengan membuat pertemuan bersama pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan pada Ahad ini.
“Saya akan membuat sesi dialog bersama pelajar- pelajar di sana dan selain promosiKarkuma, mereka juga berpeluang untuk bertanya sebarang perkara mengenai hal-hal penulisan novel serta dunia seni perfileman,” ujarnya.
Sementara itu, Raja Azmi berkata, dia bersama pihak penerbit Karkuma iaitu Merpati Jingga juga memberi ruang kepada mana-mana kampus Institut Pengajian Tinggi  yang mahu mengadakan sesi dialog bersama mereka.
Sumber : Mstar
0 Komentar untuk "Raja Azmi Kecewa UIAM Larang Sertai Dialog Kerana Novel Seks"

Back To Top