Powered by Blogger.

NIK EZANEE POLIS CONTOH. PDRM PERLU ANGGOTA SEPERTINYA.

NIK EZANEE POLIS CONTOH. PDRM PERLU ANGGOTA SEPERTINYA.


Nik Ezanee Mohd Faizal laksana sebutir permata.
Timbalan superintenden polis ini membuktikan bahawa masih ada sinar harapan di dalam pasukan polis kita – walaupun imej yang dipaparkan kebelakangan ini kurang menyelesakan kita semua.
Nik Ezanee polis contoh. PDRM perlu anggota sepertinya.
Nik Ezanee polis contoh. PDRM perlu anggota sepertinya.
Nik Ezanee yang menerajui Jabatan Narkotik Polis Cheras baru-baru ini menolak rasuah berjumlah RM50,000 daripada seorang wanita Thai agar pegawai polis itu melepaskan rakannya berbangsa Afrika dari didakwa atas kesalahan mengedar dadah.
Perlu diingat, bahawa ini bukan kali pertama beliau digoda dengan pemberian wang berbentuk rasuah.
Nik Ezanee telah dua kali menolak pelawaan rasuah pada tahun ini, dan mereka yang cuba merasuahnya telah diheret ke mahkamah. Bukan ramai anggota polis kita seperti “permata” ini.
Dalam kes terbaru, beliau menahan seorang wanita berusia 34 tahun di pejabatnya pada awal pagi Selasa selepas wanita tersebut memohon untuk berunding.
Wanita Thai itu meletak RM17,500 di depan mata Nik Ezanee agar rakannya – lelaki Afrika berusia 33 tahun yang ditahan polis di Taman Taman Connaught, Cheras atas dakwaan mengedar dadah – dilepaskan.
Wanita itu berkata RM32,500 lagi akan ditambah sekiranya Nik Ezanee membebaskan sekutu Afrikanya itu.
Pegawai polis itu boleh sahaja mengambil wang dan melakukan apa yang dipohon wanita Thai tersebut. Beliau boleh bermewah-mewah dengan wang rasuah.
Tetapi tidak!
Nik Ezanee menahan wanita tersebut dan menyerahkannya kepada pegawai-pegawai daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
“Bukan semua anggota polis boleh dibeli. Masih ada anggota yang bangga dan bertanggungjawab kerana mengenakan seragam ini,” ujarnya yang dipetik akhbar New Straits Times.
Nik Ezanee pernah menolak cubaan rasuah bernilai RM25,000 dalam dua insiden pada tahun ini.
Suspek-suspek itu – seorang pelajar kolej dan seorang penganggur, telahpun dihadapkan ke mahkamah.
Kita tabik hormat kepada Nik Ezanee.
Insan sepertinya membuatkan kita percaya bahawa masih ada kejujuran di dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia.
PDRM sering terlibat di dalam berita yang kurang enak termasuk para pegawainya yang kehilangan senjata api, malah ada yang terlibat merogol tahanan.
Maka persepsi rakyat terhadap pasukan polis kita sudah semestinya tidak berapa baik. Ditambah pula dengan peningkatan kadar jenayah yang menjadi-jadi, kita seakan telah putus asa dengan pasukan polis Malaysia.
Sekali lagi, Tahniah!
Nik Ezanee dan para anggota sepertinya benar-benar memberikan kita harapan bahawa masih ramai lagi “permata” seperti mereka yang mengenakan seragam PDRM dengan penuh rasa tanggungjawab serta diiringi kejujuran.

Sumber : The Ant Daily
0 Komentar untuk "NIK EZANEE POLIS CONTOH. PDRM PERLU ANGGOTA SEPERTINYA."

Back To Top