Powered by Blogger.

Dota 2 Malaysia: Temuramah Bersama Naddy Dari Queen Lady

Dota 2 Malaysia: Temuramah Bersama Naddy Dari Queen Lady

Dota 2 Malaysia: Temuramah Bersama Naddy Dari Queen Lady


Pasukan Queen Lady merupakan salah satu pasukan wanita yang aktif di Dota 2 Malaysia. Pihak E-Sukan bersempatan untuk mengadakan temuramah khas bersama Lady.Naddy atau nama sebenar Nur Nadhirah Bte Mohamed Zuldin. Beliau berasal daripada Nilai, Negeri Sembilan, anak kelahiran negeri ini sedang menuntut di Management and Science University (MSU) di Shah Alam di dalam bidang Perubatan. Bakal doktor ini juga pandai bermain piano dan aktif di dalam Komuniti Dota 2 Malaysia.
Dota 2 Malaysia: Temuramah Bersama Naddy Dari Queen Lady
Dota 2 Malaysia: Temuramah Bersama Naddy Dari Queen Lady
Dota 2 Malaysia: Temuramah Bersama Naddy Dari Queen Lady
Dota 2 Malaysia: Temuramah Bersama Naddy Dari Queen Lady
Dota 2 Malaysia: Temuramah Bersama Naddy Dari Queen Lady
Temuramah
Hi Naddy. Apa khabar?
  • Khabar baik. sihat Allhamdulillah
Ramai yang ingin tahu, apakah status Queen Lady pada masa ini?
  • Queens masih lagi aktif dalam permainan dota. Setiap players yang terpilih untuk mewakili team Queens laDy bertungkus lumus berlatih (training) sama ada dalam lobby atau secara individual. Namun, setiap players mempunyai halangan mereka tersendiri kerana masing-masing mempunyai karrier, dan komitmen dalam hidupan seharian. Akan tetapi, mereka tetap membuat persiapan untuk memasuki mana-mana pertandingan dota lebih lebih lagi untuk Female Dota 2 SEA league (FSL) yang dijangka akan berlangsung pada Oktober ini.
Ramai yang memandang gamer girl sebagai suka perhatian. Apa komen anda terhadap mereka?
  • Melihat dari sudut pandangan realiti, dunia gaming ini sudah didominasi dari golongan lelaki. Manakala bilangan perempuan yang sukakan gaming; yang kita boleh lihat masih lagi dalam bilangan kecil buat masa ini. Jadi, jika mereka bercampur dalam kumpulan lelaki gaming ini, secara fitrahnya golongan perempuan ini akan menjadi perhatian (centre of attention). Namun, kami perempuan berkongsi sama objektif dengan lelaki iaitu untuk berseronok dan juga mencari kawan dalam gaming. Mungkin, cara perempuan ini untuk mencari kawan dilihat sebagai suka perhatian. Sebenarnya, ramai kawan saya yang kaki game tetapi mereka memlilih untuk tidak menonjolkan diri. Saya percaya, pada satu hari nanti, tiada pemisahan antara girl gamer dengan guy gamer sebab kedua-dua mereka berkongsi satu matlamat iaitu untuk berseronok bermain game.
Boleh perkenalkan ahli-ahli Queen Lady kepada semua peminat?
  • Sudah semestinya! Ketua Queens, Pengasas kepada Queens clan(LaDy) – Aishah, Syabad
  • Co founder- Andre . Sekarang beliau di Egypt.
  • Pemain yang aktif bermain untuk queens ,
  • 1- Aishah (LaDy Aki) 2- Amira ( LaDy. Myra)
  • 3- Sabrina (LaDy. Zedd) 4-Syima (LaDy. Emma) 5- Nad…saye la tu. (LaDy. NaDDy)
  • Kami tidak spesifikan role untuk bermain. Semua bergantung kepada kelebihan dan kekuatan masing-masing. cehhh. Yang itu la selalunya aktif main untuk queen. Mungkin akan tukar players baru masa depan. Sebenarnya, queens ni Clan, spesifik untuk Malaysia girls dota gamer. Memang ramai la ahli queen sebenarnya. Cuma yang betul-betul boleh main akan dipanggil untuk tournament
Apakah yang mendorong anda untuk menceburi bidang gaming dan juga streaming?
  • Dorongan datang dari keluarga kerana semua ahli keluarga sukakan gaming. Ayah saya dulu suka sangat main starcraft, red Alert masa zaman muda. Beliau “menghasut” anak-anak bermain game ,akhirnya kesemua adik beradik kami kaki game. Tetapi, ayah dan ibu saya sangat menitik beratkan soal pendidikan. Mereka memberi izin untuk bermain game asalkan tidak mengabaikan pelajaran. Rumah kami penuh dengan console gaming. Kami adik beradik rapat sebab kami selalu main game sama-sama Streaming ini pada asalnya hanya untuk suka-suka. Saya terkejut kerana pada hari saya stream, saya mendapat sambutan memberangsangkan…mungkin sebab saya perempuan…kot. haha. Sekarang ini saya jarang streaming sebab sibuk dengan komitmen dan tugas seharian. Masih lagi mahu stream pada masa akan datang..mungkin minggu depan? (hehe)
Siapakah player dota 2 kesayangan anda?
  • Ramai…tapi kalau kena pilih seorang, mesti la singsing..lord of kappa. Sebab skills dia bermain dota. Suka tengok stream dia. lawak sangat, Setiap kali dia stream memang tak miss la nak tengok!
Apakah makanan kegemaran anda?
  • Kueh tiaw goreng.
Apakah hero kegemaran anda?
  • Kalau dari segi rupa..suka luna sebab comel sangat! tapi paling suka invoker sebab dia versertail. Boleh buat macam-macam skills. Boleh masuk dalam role mana-mana (initiator, gank, carry, semi carry..banyak lagi sebenarnya. bergantung pada stail pemain tu nak main invoker). Suka tengok Ferrari_430 main invoker.
Berapa kali anda pernah rampage di dalam dota 2?
  • Dua kali. Pakai hero morphling. Tidak ambik SS sebab tak sempat. Replay unavailable . ahaha
Berapakah adik beradik anda?
  • 4 orang. Saya anak no 2
Apa pendapat anda tentang kerjaya sebagai Pemain Dota 2 secara professional?
  • Saya hormat mereka yang memilih profession pemain dota 2 professional sebagai satu kerjaya kerana bukan semua mampu bermain dota dengan baik, lagi bagus dari pub players. Lebih kurang sama sahaja jika dibandingkan dengan pemain sukan-sukan lain..seperti sukan badmiton..dll. Dalam dunia gaming, mereka dipandang sebagai cyber althele dalam esports. Cumanya,pendedahan esport dalam masyarakat masih lagi kurang memberansangkan, dalam Malaysia khususnya. Bandingkan dengan negara lain seperti US, China, korea mereka sudah jauh kedepan. Walaupun begitu, saya gembira kerana esport scene semakin berkembang di malaysia , di tambah pula dengan sokongan YB Khairy Jamaludin. Namun, esport ini juga bergantung dengan sokongan peminat sebenarnya. ada turun naik. kalau Esport dapat sambutan, players boleh cari makan. kalau tak. susah la. Bagi saya, kerjaya professional gaming ini seperti get rich or dry trying. Kalau main bagus, tapi tak diiktiraf oleh mana-mana badan organisasi, maka beliau berada dalam kelompok pemain pub selagi tidak diketahui bakatnya. Bagi saya, ia adalah satu kerjaya yang berisiko. tetapi jika boleh mendapat hasil darinya, teruskan
Bila hendak kawin?
  • haha. Pastinya lepas habis belajar.
Terima kasih atas temuramah ini. Sebarang pesanan kepada peminat dan rakan-rakan anda?
  • Sentiasa bertenang dan main doto. Jangan abaikan pelajaran. Pesanan ringkas dari Naddy
Sumber :  E Sukan
0 Komentar untuk "Dota 2 Malaysia: Temuramah Bersama Naddy Dari Queen Lady"

Back To Top