Powered by Blogger.

BERITA BAIK: SELANGOR SETUJU TAMPUNG SUBSIDI MINYAK RM0.20

BERITA BAIK: SELANGOR SETUJU TAMPUNG SUBSIDI MINYAK RM0.20

MALAM tadi kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen. Tinggal 3 hari umat Islam hendak menyambut perayaan Hari Raya Aidil Adha, kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh DS Najib Tun Razak tergamak menaikkan harga minyak.

Penasihat ekonomi Najib mungkin tidak pernah merasa hidup susah atau tidak pernah merasa hidup di kampung-kampung yang mana ekonomi penduduk kampung yang majoritinya adalah kaum bumiputra terasa terbeban walaupun dengan kenaikan 20 sen.

Ini perkara yang tak boleh disangkal langsung. Memang benar. Aku sebagai salah seorang anak kampung yang bekerja mencari rezeki dibandar turut terbeban dengan kenaikan ini.

Oleh kerana ekonomi di kampung tidak memberangsangkanlah aku terpaksa berhijrah ke bandar untuk meneruskan kehidupan di Malaysia yang semakin mencabar.

Mungkin bagi menteri tidak ada apa sangat dengan nilai kenaikan 20 sen bagi petrol dan diesel namun bagi kami sebagai rakyat bawahan yang punyai ekonomi isi rumah yang tidak menentu membuatkan kami terfikir, benarkah kerajaan Malaysia hendak membantu rakyat Malaysia?

Apa-apa pun kita tunggu bajet 2015 yang bakal dibentangkan pada November ini.

Mungkin ada kejutan yang hendak diberikan oleh Najib Razak. Atau mungkin inilah penggal terakhir mereka memerintah.

TERIMA KASIH kepada kerajaan Selangor yang dikhabarkan prihatin dengan nasib rakyat terutama rakyat Selangor. Menteri Besar Selangor yang baru telah bersetuju untuk memperuntukkan RM1 billion bagi menampung penarikan subsidi 20 sen oleh kerajaan pusat sehingga minyak kembali stabil.

Mungkin benarlah Azmin betul-betul memahami denyut nadi rakyat yang semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sama-sama kita berdoa semoga bebanan ini tidak akan berlangsung lama.

0 Komentar untuk "BERITA BAIK: SELANGOR SETUJU TAMPUNG SUBSIDI MINYAK RM0.20"

Back To Top