Bonda Menteri Pertahanan meninggal dunia akan dikebumi di Makam Pahlawan
KUALA LUMPUR: Tun Suhailah Mohammad Noah, balu kepada Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Hussein Onn, meninggal dunia tengah malam tadi.
Suhailah, ibu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 12.30 tengah malam, kerana sakit tua pada usia 82 tahun.
Jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di Bukit Tunku di sini, jam 1.40 pagi tadi dengan van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, orang ramai boleh menziarah jenazah di kediaman Allahyarham di No 19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi ini.
Allahyarham adalah kakak kepada Tun Rahah, iaitu ibu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bapa Allahyarham, Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat.
Jenazah Allahyarham Tun Suhailah Mohammad Noah akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zohor, hari ini.

0 Komentar untuk "Bonda Menteri Pertahanan meninggal dunia akan dikebumi di Makam Pahlawan"