Geng panjat gunung
Lakukanlah aktiviti yang boleh membuatkan anda gembira. SHUHADA MANSOR cerita kisah dua anak muda yang memilih untuk mendaki gunung sebagai aktiviti berfaedah.
Sebut saja hobi pasti kita tahu aktiviti ini didefinisikan sebagai perkara yang kita gemar lakukan pada waktu lapang. Ia bukannya pekerjaan utama tetapi lebih kepada aktiviti yang memberi kepuasan untuk diisi pada masa terluang. Jika diteliti daripada senarai kategori hobi mencabar dan ekstrem, ada pelbagai cabang dengan berbeza cabarannya. Mendaki gunung antaranya.
Aktiviti mendaki ini bukanlah terlalu popular dalam kalangan remaja kerana anak muda lebih sukakan sukan ekstrem sebagai hobi seperti skateboard, roller blade ataupun berbasikal. Namun atas objektif yang sama, mendaki gunung turut memberi kebaikan dari segi kesihatan fizikal dan mental. Meskipun halangannya berbeza tetapi kepuasannya tetap sama. Selain pencapaian diri sendiri, hobi ini juga dapat mengeratkan hubungan antara sesama rakan. Hobi bukan sekadar dalam lingkungan dunia individu saja, malah dapat dilakukan secara berkumpulan tanpa ada jurang usia.
Cabaran tak dijangka
Bagi Muhammad Firdaus Mat Isa, 21, aktiviti ‘panjat’ gunung bukanlah sesuatu yang janggal baginya. Dia yang pertama kali mendaki gunung seawal usia 16 tahun mengakui aktiviti itu bukanlah hobi biasa kerana ada cabaran dan halangan tidak dijangka seperti hujan, keadaan tanah licin dan sebagainya. Katanya, sentiasa bersedia dan peka terhadap apa yang mendatang antara fokus utama.
“Hobi ini bermula apabila terikut-ikut dengan kawan. Gunung Ledang adalah gunung pertama saya panjat bersama kawan sekolah. Saya akui, pertama kali panjat gunung tanpa ada sebarang pengalaman memang sukar tetapi apabila sudah tiba di puncak, segala penat lelah rasa berbaloi.
“Sejak itu, saya tak pernah berhenti mencari gunung yang menarik untuk diteroka. Ketika di tingkatan lima, saya berhenti sementara daripada panjat gunung kerana nak tumpukan perhatian pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lepas tamat sekolah saya kembali aktif dan mempunyai semakin ramai geng panjat gunung apabila sambung belajar di institusi pengajian tinggi,” katanya yang sudah mendaki lebih 20 gunung seluruh Semenanjung Malaysia setakat ini.
Firdaus yang baru saja menamatkan pengajiannya di peringkat diploma jurusan kejuruteraan mekanikal berkata, bagi pendaki tegar, gunung adalah segala-galanya. Dia akui, kebanyakan pendaki gunung tidak mudah terpengaruh dengan ajakan rakan untuk bercuti di tepi pantai atau membeli-belah di luar negara. Apa yang terbayang di fikiran hanyalah keindahan panorama puncak gunung.
“Situasi ini berlaku pada kenalan saya. Ada yang sudah berumah tangga ajak isteri turut serta panjat gunung walaupun pelan awal untuk bercuti di pantai di luar negara. Tak tahulah orang lain tapi saya percaya, perasaan ini wujud dalam setiap diri pendaki tegar.
“Mungkin bagi sesiapa yang tak minat, akan cakap aktiviti ini meletihkan, tak menarik tapi lain orang lain minatnya. Bagi saya, pemandangan di kawasan pergunungan memang mendamaikan, tambahan pula kalau ada air terjun dan kawasan tanah rata yang boleh nampak pemandangan luas. Apabila terbayang saja, mulalah sibuk nak aturkan pelan seterusnya,” katanya.
‘Beli’ pengalaman
Penulis percaya, jika ditanya setiap orang pasti berbeza minatnya. Walau apa pun, setiap yang kita lakukan pasti memberi kepuasan maksimum untuk diri sendiri. Tidak kiralah aktiviti yang kita lakukan bercanggah dengan minat orang lain, apa yang penting kegembiraan diri sendiri.
Firdaus berkata, dia pernah ditanya kenapa memilih hobi mendaki gunung sedangkan banyak lagi aktiviti boleh dilakukan. Namun dia ada pegangan dan prinsip hidup tersendiri.
“Bagi saya, soalan itu memang sukar dijawab kerana jawapannya subjektif. Sama seperti sukan roller blade, kenapa masih digilai remaja sedangkan risiko cedera teruk sentiasa ada. Senang cakap, saya teguh dengan prinsip saya untuk ‘beli pengalaman.’
“Kalau remaja lain sibuk simpan duit nak beli gadjet terkini, saya lebih senang menabung untuk perbelanjaan pendakian. Itu yang saya maksudkan. Saya tetap laburkan duit tetapi untuk ‘beli pengalaman’ kerana saya tahu hobi panjat gunung tersenarai dalam kategori hobi termahal. Memang betul sebab segala peralatan daripada kasut, pakaian, beg dan sebagainya perlu teliti untuk keselesaan sendiri,” katanya yang berhasrat menawan puncak Gunung Everest dalam tempoh empat tahun lagi.
Lain pula kisahnya bagi Nur Akhmah Ahmad Khushairi, 24. Katanya, dia bukanlah pendaki tegar kerana kesibukan sebagai penolong pegawai veterinar yang ada kalanya mengehadkan minatnya itu. Namun, jika ada kelapangan, dia tidak melepaskan peluang menyertai pendakian bersama kumpulan ‘geng’ gunungnya.
“Sebelum mendaki, kita perlu membuat persediaan mental dan fizikal kerana tidak semua akan berjaya menawan puncak gunung yang kita daki. Cabaran tetap wujud di mana-mana, yang penting kita perlu bersedia dan sebab itu tahap stamina perlu dipertingkatkan.
“Berbeza lokasi, berbeza juga laluannya. Perlu ada rasa tanggungjawab dan tahu peranan masing-masing ketika mendaki. Sebab itu saya suka mendaki, boleh kenal ramai orang baru dan kongsi pengalaman daripada mereka yang profesional,” katanya yang sudah mendaki lebih 10 gunung.
Katanya, pendedahan di sekolah rendah yang kerap mengadakan aktiviti luar seperti berkhemah dan mendaki bukit secara tidak langsung menguatkan minatnya dengan aktiviti luar. Akhmah berkata, status sebagai perempuan bukanlah alasan untuk hanya berkecimpung dengan aktiviti selamat tetapi perlu pesongkan persepsi masyarakat dengan menyertai aktiviti lasak hingga berjaya.
Apa kata bagi anda yang berminat, mulakan hobi anda dari sekarang. Cari pengalaman pada usia muda dan pastinya anda boleh dikategorikan ‘otai’ apabila meningkat usia. Jangan lokek ilmu kerana ada ganjaran di sebaliknya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/24“Hobi ini bermula apabila terikut-ikut dengan kawan. Gunung Ledang adalah gunung pertama saya panjat bersama kawan sekolah. Saya akui, pertama kali panjat gunung tanpa ada sebarang pengalaman memang sukar tetapi apabila sudah tiba di puncak, segala penat lelah rasa berbaloi.

0 Komentar untuk "Geng panjat gunung"