Powered by Blogger.

MUHYIDDIN, ISTERI BERLEPAS KE TANAH SUCI TUNAIKAN HAJI



KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berlepas ke Arab Saudi hari ini untuk mengerjakan ibadat haji.

Pesawat komersial membawa Muhyiddin yang disertai isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta anggota keluarga mereka berlepas dari Lapangan Terbang AntarabangsaKuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada kira-kira 3.30 petang.

Ia merupakan penerbangan terus Kuala Lumpur-Jeddah, menurut kenyataan Pejabat TPM.

Muhyiddin dijangka kembali ke tanah air pada 10 Okt.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata pemergiannya ke tanah suci bagi mengerjakan haji ialah untuk menunaikan nazarnya sempena kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas. – BERNAMA
0 Komentar untuk "MUHYIDDIN, ISTERI BERLEPAS KE TANAH SUCI TUNAIKAN HAJI"

Back To Top