Powered by Blogger.

Tasha ‘naik hantu’ di lokasi

Tasha ‘naik hantu’ di lokasi

Kecoh juga jadinya apabila cerita kononnya pelakon jelita Tasha Shila dikatakan ‘berasmara’ di lokasi penggambaran dengan buah hatinya diketahui media.
Bagi mendapatkan penjelasan, teman Cik Pang sempat menghubungi pelakon itu bagi mendapatkan kenyataan balas membabitkan dakwaan dibuat dan disiarkan Harian Metro, minggu lalu.
Itu cerita lama dan sudah tutup buku, tetapi rakan artis yang rapat dengan pelakon itu memberitahu, kesan dakwaan ini sangat besar kepada Tasha sehingga dia ‘naik hantu’ dan mengamuk.

Tasha benar-benar sedih dan kecewa apabila ada dalang dalam produksi membuat cerita tidak benar mengenai perkara itu yang disifatkan sangat me­ngaibkan.

Disebabkan perkara itu juga, penggambaran terpaksa dihentikan dan semua pihak yang bekerja dalam produksi itu cuba menenangkan dan memujuk Tasha.

Kata Tasha, dia benar-benar sedih kerana tidak habis-habis cerita buruk mengenainya dijaja orang sampaikan merosakkan reputasinya sebagai pelakon yang baru hendak mencipta nama.

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Tasha tetap bersikap profesional apabila masih meneruskan kerja-kerja penggambaran beberapa hari kemudian.

Menurut teman pelakon itu, setahu mereka, Tasha jarang buat hal di lokasi, apatah lagi apabila membintangi drama bersiri, kerana waktu kerja sangat padat.

Mustahil dia punya masa berkepit dengan kekasihnya, apatah lagi melakukan perkara didakwa. Sebagai orang yang normal, dia masih tahu membezakan mana yang baik dan mana buruk. Selalunya kekasih­nya hanya hantar dia ke lokasi 
atau menjemputnya pulang. Itu saja.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28
0 Komentar untuk "Tasha ‘naik hantu’ di lokasi"

Back To Top