Powered by Blogger.

PELIK!! Lelaki Ini Tanam Cip Dalam Badan Kerana Untuk Hidup Selamanya..

PELIK!! Lelaki Ini Tanam Cip Dalam Badan Kerana Untuk Hidup Selamanya..

CANNON menunjukkan lengannya yang sudah dimasukkan cip.

Pittsburgh: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai “biohacker” melalui detik menyakitkan semata-mata untuk menanam cip elektronik yang besar pada lengannya.

Proses itu dilakukan tanpa sebarang ubat bius atau bantuan doktor. Pencipta perisian dari Pittsburgh, Tim Cannon berkata dia memasukkan cip besar itu untuk memantau suhu badannya. Kata Cannon, alat itu berkomunikasi dengan tablet Android melalui sambungan Bluetooth.

“Jika saya mula mengalami demam cip ini akan memancarkan lampu hijau yang boleh dilihat di bawah kulit.

“Ia kemudian menghantar mesej teks untuk memaklumkan keadaan saya,” katanya. Menggambarkan dirinya “cyborg buatan sendiri” Cannon berkata, dia adalah manusia pertama di dunia menanam peranti ke dalam badan semata-mata untuk “meningkatkan kualiti diri.” Katanya, dia mula berminat mengubah suai tubuh menggunakan peranti elektronik kerana mahu “hidup selama-lamanya.” “Saya mahu hidup sehingga beribu-ribu tahun.

“Saya tak mahu mati dan saya tak faham mengapa ada manusia mahu mati,” katanya. Prosedur memasukkan peranti itu dilakukan seorang “artis mengubah suai tubuh” serta pakar tatu, Steve Haworth.

Kata Cannon, ia dijalankan tanpa menggunakan sebarang ubat bius, sebaliknya cuma meletakkan ais bagi mengurangkan kesakitan. – Agensi
0 Komentar untuk "PELIK!! Lelaki Ini Tanam Cip Dalam Badan Kerana Untuk Hidup Selamanya.."

Back To Top