Powered by Blogger.

BEKAS MB SELANGOR ABDUL KHALID SEDIA DISIASAT



SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau sedia disiasat mana-mana pihak seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung segala penjanjian yang ditandatangani ketika memegang jawatan itu.

Beliau berkata ini termasuk perjanjian berkaitan penstrukturan semula industri air Selangor dan pembangunan di Canal City.

“Saya mengalu-alukan semua pihak termasuk SPRM untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatangani semasa saya menjadi Dato’ Menteri Besar Selangor,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini.

Menurut Abdul Khalid, peguamnya akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung hal itu dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengkaji semula perjanjian-perjanjian kerajaan negeri yang diluluskan ketika pentadbiran Abdul Khalid termasuk berkaitan konsesi air, Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan pemberian kenaikan elaun menteri besar. – BERNAMA
0 Komentar untuk "BEKAS MB SELANGOR ABDUL KHALID SEDIA DISIASAT"

Back To Top