Powered by Blogger.

UBATAN TRADISIONAL, KOSMETIK DARI NEGARA JIRAN SELUDUP DIRAMPAS


PELABUHAN KLANG: Polis Marin Pelabuhan Klang merampas sebanyak 30,202 ubatan tradisional, kosmetik dan jamu pelbagai jenama bernilai RM103,768 yang dipercayai cubadiseludup dari negara jiran, semalam.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang, Asisten Superintendan Mohd Rohaizad Mohd Nasir berkata semua barangan itu dirampas dari sebuah bot 'barter' di kawasan laut Bagan Hailam, Pelabuhan Klang pada kira-kira 7 pagi.

"Turut diberkas seorang tekong dan 14 awak-awak warga Indonesia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, barangan berkenaan ditemui ketika pemeriksaan awal dibuat ke atas bot itu dan ia dibawa ke Pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin bagi pemeriksaan lanjut.

Mohd Rohaizad berkata, semua individu yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengesahan ke atas barangan berkenaan, satu kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Komestik 1984. - BERNAMA
0 Komentar untuk "UBATAN TRADISIONAL, KOSMETIK DARI NEGARA JIRAN SELUDUP DIRAMPAS"

Back To Top