Powered by Blogger.

30 DIPERCAYAI MATI GUNUNG BERAPI JEPUN MELETUS


LEBIH 30 orang ditemui tidak sedarkan diri dan dipercayai mati berhampiran kawasan puncak Gunung Ontake  yang meletus semalam.

Menurut seorang pegawai polis Jepun hari ini berkata, mangsa dikatakan tidak lagi bernafas dan degupan jantung mereka berhenti.

Bagaimanapun pengesahan kematian tidak boleh dibuat selagi polis tidak menjalankan bedah siasat.

Pegawai polis wilayah Nagano berkata, maklumat terperinci berkaitan lokasi penemuan mayat dan identiti mereka masih belum diperoleh.

Gunung Ontake di tengah Jepun meletus sebelum tengah hari semalam dan memuntahkan kepulan gas dan abu yang tinggi ke udara menyebabkan kawasan di sekitarnya diliputi abu tebal.


Sekurang-kurangnya 31 orang dijumpai terbaring berhampiran puncak gunung berapi setinggi 3,067 meter itu, yang meletus Sabtu lalu tanpa sebarang tanda, yang memuntahkan debu, batu dan asap.

Empat daripada 31 orang itu dibawa turun dan kemudian disahkan mati. Semua mereka adalah lelaki berusia antara 23 hingga 61 tahun.

Anggota penyelamat berusaha untuk membawa turun baki 27 orang lagi yang masih berada di gunung berapi itu yang dalam keadaan 'serangan jantung', ungkapan yang digunakan sebelum doktor mengesahkan kematian.

Anggota bomba pula secara berasingan mengesahkan lebih 30 orang cedera akibat terkena batu yang berterbangan dan menghidu gas beracun.

Agensi Meteorologi meramalkan bahawa letusan akan berlaku lagi, dan memberi amaran bahawa serpihan daripada letusan itu boleh menjangkau sejauh empat kilometer dari puncaknya. - AFP


0 Komentar untuk "30 DIPERCAYAI MATI GUNUNG BERAPI JEPUN MELETUS"

Back To Top