Powered by Blogger.

FERI TERKANDAS DI KOREA SELATAN , 109 PENUMPANG SELAMAT


SEOUL- Pengawal pantai Korea Selatan menyelamatkan semua 109 penumpang dan anggota kru sebuah feri pelancongan yang terkandas tidak jauh dari tempat tragedi feri Sewol yang meragut lebih 300 nyawa April lalu.

Pengawal pantai Oh Eun-Seok berkata feri berkenaan yang sedang melakukan pelayaran untuk melihat pemandangan di sekitar pulau Hongdo terkandas sejurus selepas jam 9 pagi.

“Punca kejadian masih disiasat tetapi semua 109 penumpang termasuk lima anggota kru diselamatkan tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Kawasan di mana feri terbabit terkandas adalah kira-kira 70 kilometer di barat tempat feri Sewol tenggelam pada 16 April lalu berhampiran pulau Jindo. – AFP
0 Komentar untuk "FERI TERKANDAS DI KOREA SELATAN , 109 PENUMPANG SELAMAT"

Back To Top