PROTES DI HONG KONG : POLIS GUNA GAS PEMEDIH MATA, PEPPER SPRAY
Gas Pemedih mata digunakan oleh polis Hong Kong |
Polis Hong Kong dilaporkan menggunakan gas pemedih mata dan 'pepper spray' keatas sekumpulan pemprotes yang tidak menghiraukan amaran untuk beredar dan menghalang lalu lintas utama disana.
Keganasan tercetus setelah beberapa hari protes itu berjalan.
Gas pemedih mata ditembak kerana peserta protes menghalang laluan utama di Hong Kong menyebabkan aktiviti perniagaan lumpuh. |
Difahamkan protes itu diadakan oleh pro-demokrasi yang bermatlamat untuk memberi tekanan kepada China bagi memberi hak mengundi secara bebas sepenuhnya. Selain itu, difahamkan juga ramai peserta protes ini terdiri daripada pelajar di sana.
Peserta protes mengguna payung sebagai perlindungan |
Sumber : www.nytimes.com
0 Komentar untuk "PROTES DI HONG KONG : POLIS GUNA GAS PEMEDIH MATA, PEPPER SPRAY"