Powered by Blogger.

KJ TIDAK BERPUAS HATI DENGAN UJIAN DOPING SEHINGGA PINGAT EMAS DITARIK BALIK


Hari ini penganjur Sukan Asia hari ini menarik balik pingat emas peserta wushu Malaysia, Tai Cheau Xuen selepas dia gagal dalam ujian doping, menurut pihak penganjur.

Tai didapati mengambil ubat stimulan jenis sibutramine, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Asia.

Tai merupakan atlit ketiga yang didapati positif dadah dalam temasya tersebut.

Bagaimanapun menerusi Khairy Jamaluddin menerusi Twitternya telah menyangkal dakwaan yang mengatakan Tai Cheau Xuen gagal dalam ujian doping.

“Saya percaya proses itu dikompromi. Atlet kami dilucutkan pingat emas secara tidak adil. Kami akan mencabar keputusan ini sepanjang jalan.”, kata Khairy.


Selain itu beliau juga berkata yang jawatankuasa Olimpik Asia telah gagal untuk menjawab pertanyaannya berkenaan ujian doping.


Melihat kepada maklumbalas terhadap tweet dari Khairy, rata-rata dari mereka menyokong kenyataan tersebut. ─ Siakapkeli.com
0 Komentar untuk "KJ TIDAK BERPUAS HATI DENGAN UJIAN DOPING SEHINGGA PINGAT EMAS DITARIK BALIK"

Back To Top