Sarimah kini tunang kerabat
Kuala Lumpur: Selepas sembilan bulan mengenali hati budi, penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio Mix FM, Sarimah Ibrahim, 36, selamat bergelar tunangan kepada cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie), 42, dalam majlis ringkas yang berlangsung di Hotel Doubletree by Hilton, di sini, jam 2.50 petang semalam.
Acara dimulakan dengan majlis merisik dan bertukar barangan hantaran.
Majlis menyarungkan cincin pertunangan pula disempurnakan ibu saudara Tunku Jamie, Datin Raja Massaha Raja Harun.
Pihak lelaki turut menyerahkan tiga dulang dan dibalas lima oleh pihak perempuan.
Ketika ditemui, Sarimah berkata, dia berasa gembira dan bersyukur majlis pertunangan itu berjalan lancar seperti direncanakan.
“Kami percaya tempoh sembilan bulan cukup untuk kami mengenali hati budi masing-masing sekali gus untuk melangkah ke alam rumah tangga,” katanya.
SARIMAH dan Tunku Jamie bakal bernikah pada 2 April tahun depan.
Pada majlis pertunangan berkonsep tradisional kedua belah pihak sepakat untuk memutuskan tarikh majlis pernikahan pada 2 April tahun depan.
Hadir sama, Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.
0 Komentar untuk "Sarimah kini tunang kerabat"