Powered by Blogger.

Syarikat Bumiputera Yang Menghasilkan Tandas Bergerak Pertama Di Negara Ini

Syarikat Bumiputera Yang Menghasilkan Tandas Bergerak Pertama Di Negara Ini

Syarikat Bumiputera Yang Menghasilkan Tandas Bergerak Pertama Di Negara Ini


Highplus Engineering Sdn Bhd yang berpusat di sini sejak 20 tahun lalu mempelbagaikan produk dalam industri komposit sehingga berjaya muncul sebagai syarikat bumiputera pertama menghasilkan tandas bergerak (mobile toilet) di negara ini.
 
Click Here
Syarikat Bumiputera Yang Menghasilkan Tandas Bergerak Pertama Di Negara Ini
Syarikat Bumiputera Yang Menghasilkan Tandas Bergerak Pertama Di Negara Ini
Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Azmi Hussein berkata, kepakaran dalam teknologi komposit atau gentian kaca membolehkan syarikatnya menghasilkan tandas bergerak seperti yang dipraktikkan di negara Jepun.
Menurutnya, gerabak berukuran 4.6 meter itu dilengkapi dengan empat tandas cangkung dan satu bilik air yang sesuai digunakan bagi majlis keramaian, kursus berkumpulan atau perkhemahan di kawasan yang tidak memiliki kemudahan tandas.
“Kita melihat contoh tandas mudah alih di Jepun dan menghasilkannya mengikut kesesuaian penggunaannya di negara ini.
“Prototaip pertama lakaran pelan dan kerangka gerabak disiapkan pada April tahun ini dan ia didaftarkan sebagai harta intelek syarikat ini,” katanya.
Azmi berkata, gerabak yang siap pendawaian elektrik, pam air,  tangga dan sistem sanitari moden itu dilengkapi tayar bagi memudahkan ia ditunda menggunakan pacuan empat roda.
Dia berkata, penghasilan pertama tandas bergerak itu berjaya disiapkan 10 pelatih yang mengikuti program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Highplus Engineering dalam tempoh 45 hari.
“Keseluruhan dinding luar tandas dibina dengan gentian kaca yang dihiasi dengan dekorasi seni batik bagi menyerlahkan keceriaannya yang kesemuanya menerusi proses pembuatan tangan (Hand lay up) tanpa menggunakan mesin yang canggih.
“Lantai diperbuat daripada besi kukuh yang mampu menampung berat mangkuk najis ‘fiberglass’ selain menampung bilangan pengguna yang menunggu giliran di ruang yang disediakan selain menampung komposisi bekalan air sebanyak 1,000 liter dalam tangki khas,” katanya.
Katanya, harga pasaran yang ditawarkan untuk satu unit gerabak tandas bergerak adalah RM60,000 dan ia ditawarkan kepada pelbagai pihak termasuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara.
“Kita juga menyewakan tandas bergerak ini kepada pihak yang berminat dan Lembaga Tabung Haji merupakan pelanggan tetap yang cuba menyediakan kemudahan itu kepada bakal haji yang mengikuti kursus.
Sumber : Sinar
0 Komentar untuk "Syarikat Bumiputera Yang Menghasilkan Tandas Bergerak Pertama Di Negara Ini"

Back To Top