Powered by Blogger.

HARI INI BUKAN MILIK SAYA - ISKANDAR



INCHEON – Atlet lompat bergalah negara Iskandar Alwi gagal membuat lompatan terbaik dan hanya terpaksa berpuas hati di tempat ke-8 pada aksi final Sukan Asia ke-17 yang berlangsung di Incheon Asiad Main Stadium hari ini.

Atlet kelahiran Johor Baharu ini bagaimanapun berjaya memperbaiki lompatannya setinggi 5.00 meter pada Sukan Komanwel di Glasgow Ogos lalu, dengan melakukan lompatan setinggi 5.10 meter.

Pingat emas menjadi milik Xue Changrui dari China dengan lompatan setinggi 5.55 meter bersamaan dengan lompatan pemenang pingat perak Sawand Daichi dari Jepun.

Penentuan pingat emas dan perak ditentukan berdasarkan jumlah lompatan.

Pingat gangsa pula menjadi milik atlet Korea Selatan, In Minsub yang membuat lompatan setinggi 5.45 meter.

Iskandar, 20, menafikan faktor hujan menjejaskan tumpuanya.

“Hari ini bukan milik saya dan saya tidak tahu nak cakap apa lagi, walaupun saya telah berusaha secara bersungguh-sungguh,” katanya.

Pemilik rekod kebangsaan ini dengan catatan 5.15 meter yang dibuat pada Sukan Malaysia di Perlis Mei lalu berkata beliau tidak merasa takut atau gugup bila beraksi dengan atlet hadalan dunia lain.

“Saya akan berehat seketika selepas ini dan akan meneruskan tumpuan kepada latihan bagi memperbaiki kelemahan untuk persiapan kejohanan tahun depan.” katanya. – BERNAMA
0 Komentar untuk "HARI INI BUKAN MILIK SAYA - ISKANDAR"

Back To Top