Unknown
Saturday, September 27, 2014
Mohammed, Nama Bayi Paling Popular Di Israel
Mohammed, Nama Bayi Paling Popular Di Israel
Ahad lalu, Population, Immigration and Border Authority di Israel mengeluarkan senarai nama bayi paling popular untuk kalendar tahun Yahudi 5774 dan nama Yosef dan Tamar masing masing mendahului senarai nama lelaki dan perempuan paling popular.
Namun, ada satu kenyataan yang disorok oleh badan itu kerana ianya hanya menyenaraikan nama Hebrew dan membuang semua nama dengan asal perkataan Arab. Dan menurut laporan penuh, nama bayi paling popular di Israel bukanlah, Yosef, tetapi Mohammed.
Menurut data terbaru Central Bureau of Statistics negara itu, terdapat 8.18 juta penduduk di Israel yang terdiri daripada 1.68 juta orang Arab dan 6.1 juta Yahudi. Dengan menolak nama Arab, senarai yang dikeluarkan tertinggal lebih kurang 21% dari populasi sebenar Israel sekaligus memaparkan data tidak tepat.
Badan berkuasa yang mengeluarkan senarai itu mengesahkan kepada Haarets yang hanya nama Hebrew disenaraikan dan ini merupakan satu lagi bukti yang bangsa Arab menjadi mangsa diskriminasi di sana.
Dengan Mohammed paling popular, Yosef di tangga kedua dan nama Arab seterusnya, Ahmed berada di tangga kesembilan keseluruhan. Menariknya, nama bayi perempuan tidak banyak berubah dalam kedudukan senarai itu selepas dimasukkan nama Arab.
SUMBER: Haaretz
Via : Rotikaya Plus
0 Komentar untuk "Mohammed, Nama Bayi Paling Popular Di Israel"