Powered by Blogger.

TUNJUK PERASAAN : RAKYAT MALAYSIA DI TAMIL NADU DIMINTA JANGAN KELUAR RUMAH



CHENNAI: Rakyat Malaysia yang kini berada di selatan negeri india, Tamil Nadu dinasihatkan agar tidak keluar dari rumah mereka setelah tunjuk perassan tercetus kerana Ketua Menteri J. Jayalalithaa telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana mengumpula harta di luar kemampuannya.

Rusuhan melihat penyokong AIADMK, sebuah parti politik di Tamil Nadu,  merusuh dengan membaling batu dan juga membuat pembakaran menyebabkan kedai di kawasan tersebut ditutup.

5,000 pelajar Malaysia dianggarkan berada di negeri-negeri di selatan India.

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia ataupun pelancong yang terkesan akibat rusuhan itu.



Pada 1997, Jayalalithaa telah didakwa kerana mempunyai kekayaan dengan cara yang haram. Polis telah merampas lebih 28 kilogram emas dan 10,000 pasang kain sari. Aset Jayalalithaa dikatakan mempunyai dua hartanah yang mempunyai keluasan 1,000 ekar persegi, kekayaan yang melampau hasil dari jawatannya sebagai Ketua Menteri dari 1991 hingga 1996. - SiakapKeli.com

Sumber : indianexpress
0 Komentar untuk "TUNJUK PERASAAN : RAKYAT MALAYSIA DI TAMIL NADU DIMINTA JANGAN KELUAR RUMAH"

Back To Top