30 penerjun terima saingan sengit
Pasukan penerjun negara ketika menyertai Kejohanan Payung Terjun Antarabangsa Asiana dan Indonesia Open 2014.
KAMUNTING – Seramai 30 peserta Malaysia menerima saingan sengit dari 22 negara pada Kejohanan Payung Terjun Antarabangsa Asiana dan Indonesia Open 2014, di Lapangan Terbang Lanud Husin, Bandung, Indonesia baru-baru ini.
Pengadil pertandingan, Penolong Penguasa Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, kebanyakan peserta yang menyertai kejohanan itu bertaraf dunia dan Olimpik seperti dari Cina, Korea dan UAE.
"Kejohanan ini turut disertai 300 peserta antaranya dari Oman, Qatar, Poland, Singapura, Iraq, Syria, India dan Australia.
Menurutnya yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Malaysia mendapat tempat kedua dan ketiga bagi kategori Formasi Kanopi di udara.
“Semua peserta dari Malaysia yang terlibat dalam kejohanan terbabit adalah penerjun yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dan diwakili pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kesemua peserta menyertai lima acara yang dipertandingkan iaitu Formasi Udara Asiana, kategori ketepatan Asiana, ketepatan Indonesia Open, Formasi Kanopi Indonesia dan Formasi Kanopi Asiana
Beliau berkata, sepanjang lapan hari kejohanan itu berlangsung, semua peserta perlu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana.
“Selain itu, latihan bersama pasukan antara pasukan yang sering diadakan di Malaysia, dilihat banyak memberikan impak positif dalam usaha mempamerkan kemahiran setiap peserta,” katanya.
Jelas Mohd Taufiq lagi, kejohanan ini adalah kejohanan kategori kedua terbesar di dunia yang diiktiraf Federation Aeronatique International dan International Parachuting Control.
“Dengan kejayaan yang diperoleh pasukan dari Malaysia, kita akan terus meningkatkan kemahiran penerjunan untuk menjadikan negara kita disegani dalam arena sukan udara.
“Selain itu, pasukan Malaysia turut menyampaikan cenderamata kepada pasukan Korea Selatan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara negara Asia Oceania,” katanya.

0 Komentar untuk "30 penerjun terima saingan sengit"