Powered by Blogger.

9 PEMAIN CEDERA, VAN GAAL TUKAR JURULATIH KECERGASAN



MANCHESTER United yang sedang bergelut dengan krisis kecederaan pemain telah mengambil tindakan drastik dengan menukarkan jurulatih kecergasannya.

Pengendali kelab itu, Louis van Gaal dilapor telah menukarkan jurulatih kecergasan sedia ada, Tony Strudwick untuk memimpin skuad remaja dan memasukkan Jos van Dijk.

Van Dijk yang merupakan pakar dalam mengatur program kecergasan pemain kini telah memulakan tugasnya sebagai persediaan menghadapi perlawanan menentang West HamUnited pada Sabtu.

Jos van Dijk, pictured on the far left before United’s win against QPR, will work with the senior team

Pertukaran itu dibuat selepas Van Gaal menyifatkan kegagalan United yang sedang dilaluinya termasuk kecederaan sembilan pemain antara pengalaman terburuk yang pernah ditempuh bekas jurulatih Belanda berkenaan.

Van Dijk juga merupakan jurulatih kecergasan yang bertanggungjawab melaksanakan program fizikal dan kecergasan untuk skuad Belanda pada Piala Dunia lalu.

Strudwick menyertai United dari Blackburn Rovers sejak 2007 turut membantu Van Gaal ketika kelab itu menjelajah ke Amerika Syarikat untuk saingan pramusim sebelum ini.

Pertukaran jurulatih kecergasan itu dilaporkan telah berlaku sejak awal musim namun Strudwick masih mengetuai sesi pemanas badan.

Bagaimanapun pada Jumaat malam, Van Gaal mengesahkan bahawa Van Dijk telah mengambil alih sepenuhnya tugas Strudwick. – mStar Online
0 Komentar untuk "9 PEMAIN CEDERA, VAN GAAL TUKAR JURULATIH KECERGASAN"

Back To Top