Powered by Blogger.

Aceh cadang laksana hukuman 100 sebatan untuk golongan homoseksual

Aceh cadang laksana hukuman 100 sebatan untuk golongan homoseksual

Aceh cadang laksana hukuman 100 sebatan untuk golongan homoseksual


Golongan homoseksual boleh dihukum 100 sebatan di wilayah Aceh, Indonesia jika Parlimen meluluskan draf undang-undang itu yang mendapat kritikan kerana dianggap melanggar undang-undang hak asasi manusia.
Aceh cadang laksana hukuman 100 sebatan untuk golongan homoseksual
Aceh cadang laksana hukuman 100 sebatan untuk golongan homoseksual
Draf rang-undang-undang tersebut yang dihantar kepada AFP pada Sabtu mengharamkan seks luar tabii di antara pasangan lelaki, serta aksi “menggosok bahagian badan untuk rangsangan” di antara pasangan wanita.Malah, buat kali pertama, undang-undang Islam ini turut diguna pakai kepada kalangan warga bukan Islam.
 
Undang-undang sama turut mengenakan hukuman 100 sebatan rotan kepada pelaku zina di antara pasangan lelaki dan wanita.
Undang-undang syariah sebelum ini juga melarang pengambilan alkohol, judi, pergaulan bebas lelaki dan wanita yang belum berkahwin.
Hukuman sebat untuk pesalah sering dijalankan di Aceh menggunakan rotan nipis yang panjang bertujuan untuk memalukan, dan bukan untuk mencederakan si pelaku.
Undang-undang ini membenarkan bayaran denda dalam bentuk emas atau hukuman penjara sebagai alternatif kepada sebatan.
Sumber : Awani
0 Komentar untuk "Aceh cadang laksana hukuman 100 sebatan untuk golongan homoseksual"

Back To Top