Powered by Blogger.

Butang kecemasan bakal dipasang di stesen minyak

Butang kecemasan bakal dipasang di stesen minyak

Butang kecemasan bakal dipasang di stesen minyak


Semua 43 stesen minyak Shell di negeri ini akan dilengkapi sistem asas keselamatan atau butang kecemasan dikenali sebagai I Alert menjelang penghujung tahun ini.
 
Butang kecemasan bakal dipasang di stesen minyak
Butang kecemasan bakal dipasang di stesen minyak
Melalui Program Titik Selamat atau Go To Safety Points (GTSP) di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu, sebanyak 20 buah stesen minyak Shell di Pahang  setakat ini dilengkapi I Alert termasuk lapan di Kuantan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, pihaknya dimaklumkan, 23 lagi masih dalam proses pemasangan oleh syarikat minyak itu secara berperingkat.
“Dengan adanya sistem ini, ia memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan bantuan keselamatan semasa berada dalam keadaan kecemasan khususnya berkaitan jenayah,” katanya selepas melancarkan GSTP PDRM-Shell Peringkat Negeri Pahang di Stesen Minyak Shell Bukit Setongkol di sini, semalam.
Turut hadir, Pemangku Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Riduan Hashim, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Azman Ismail, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Senior Asisten Komisioner Mohd Zaki Masroh.
Sharifuddin berkata, stesen minyak Shell menjadi penghubung antara mangsa jenayah atau individu dalam kecemasan dengan pihak berkuasa termasuk polis, hospital dan agensi penguatkuasa berkaitan.
“Orang ramai boleh datang ke stesen minyak Shell berdekatan untuk minta bantuan sekiranya berdepan kes kecemasan atau menjadi mangsa jenayah manakala petugas stesen minyak akan menekan butang I Alert sebagai respon.
“Maklumat awal akan diterima pusat kawalan Shell di Kuala Lumpur sebelum memaklumkan kepada  pihak polis dan sebagainya untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, tanggung jawab polis dalam GTSP ini adalah melaksanakan rondaan dan lawatan berkala di premis stesen minyak manakala jika berlaku kecemasan, anggota akan tiba ke lokasi itu dalam tempoh 10 minit  untuk membantu mangsa.
Sementara itu, Azman berkata, GTSP adalah sebahagian usaha Shell meningkatkan kesedaran keselamatan dan mengeratkan hubungan kerjasama dengan polis.
“Dengan rangkaian runcit seluruh negara, Shell dilihat sebagai ikon kepada orang ramai untuk mencari pelindungan bersifat sementara dalam kes-kes kecemasan.
“Pengurusan Shell akan memberikan latihan kepada semua pengedar dan pekerja berhubung peringkat asas termasuk tatacara penyaluran maklumat kepada pihak berkuasa, menjalankan tangkapan oleh orang awam dan hak mempertahankan diri berlandaskan undang-undang dan cara menenangkan mangsa yang berada dalam keadaan trauma,” katanya.
Sumber : Sinar
0 Komentar untuk "Butang kecemasan bakal dipasang di stesen minyak"

Back To Top