Calon SPM mahu segera sembuh
SUNGAI PETANI - “Saya nak cepat sembuh sebab nak mengajar kawad semula," luah seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas terlibat dalam kemalangan, Jumaat lalu.
Dalam kejadian itu, Muhammad Amirul Razali, 17, mengalami patah lengan kiri, cedera di tulang pipi dan belakang telinga selain kecederaan di bahagian paha dan pendarahan di kepala.
Menurutnya, dia yang merupakan ahli Persatuan Kadet Bersatu Malaysia berpangkat sarjan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bijaya Setia itu menjadi jurulatih kepada ahli baru yang berdaftar.
"Setakat ini, pembantu saya ambil alih tugas mengajar kawad.
"Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya ke sekolah tetapi apakan daya masih belum sembuh,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya dekat Jalan Bakar Sampah, dekat sini.
Mengimbau kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Muhammad Amirul yang bersendirian menunggang motosikal terbabas menyebabkannya terjunam ke dalam longkang sedalam lebih kurang dua meter.
Akibat kejadian, dia mengalami cedera parah dan menerima rawatan kecemasan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani selama tiga hari.
Ibunya, Nor Ashima Mohd Tahir, 42, yang berniaga kecil-kecilan dan disebabkan kemalangan itu, hampir seminggu tidak dapat menjual laksa.
Suami Nor Ashima sudah meninggal dunia sejak sembilan tahun lalu dan kini hanya dia seorang menyara kehidupan mereka bersama seorang lagi anak berusia 14 tahun.
Menurut ibunya, Muhammad Amirul perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat memandangkan keadaannya masih belum pulih sepenuhnya.
“Muhammad Amirul mengalami gangguan emosi kemungkinan akibat terjunam ke dalam longkang dan keadaan ini membimbangkan kerana dia perlu menjalani ujian SPM akhir tahun ini.
"Dia juga akan berasa tidak selesa sekiranya berdekatan bunyi bising atau berdesing selain pendarahan masih keluar melalui bahagian telinga,” katanya.
Bagi bapa saudara mangsa, Mohamad Faizal Mohamad Tahir, 33, Muhammad Amirul bukanlah seorang yang selalu keluar pada sebelah malam dan dia juga seorang yang mendengar kata.
“Sebaik sahaja selesai hantar isteri ke tempat kerja, saya lihat motosikal tiada. Saya minta rakan-rakan mencarinya di semua tempat sehinggalah diberitahu dia terjatuh selepas terlanggar besi pengadang longkang.
“Kami semua berharap dia sembuh segera dan menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
Info: Bagi sesiapa yang ingin membantu, boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0219029000194031 atas nama Nor Ashima.

0 Komentar untuk "Calon SPM mahu segera sembuh"