Chelsea Tawar Hazard Gaji Baharu £200,000 Seminggu
Pemain tengah Chelsea, Eden Hazard hampir bersetuju untuk memperbaharui kontraknya bernilai £50 juta
bersama skuad tersebut.
bersama skuad tersebut.
Perjanjian baharu selama lima tahun itu bakal menyaksikan Hazard menerima gaji sebanyak £200,000 seminggu.
Pemain kebangsaan Belgium berusia 23 tahun itu kini sedang meneliti terma baharu yang bakal diperolehi sebelum
melanjutkan kontraknya.
Hazard merupakan pemain terbaik Chelsea pada musim lalu perlu diberi perhatian oleh Chelsea
walaupun pasukan itu telah membawa masuk pemain baharu seperti Diego Costa dan Cesc Fabregas.
Pengendali Chelsea, Jose Mourinho menganggap Hazard sebagai pemain penting di bahagian tengah dan dia perlu
dijaga supaya tidak diintai oleh pasukan lain.
Chelsea yang dikatakan mempunyai barisan pemain tengah terbaik setakat ini berjaya mendominasi
kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.
Sumber : mstar.com.my
0 Komentar untuk "Chelsea Tawar Hazard Gaji Baharu £200,000 Seminggu"