Powered by Blogger.

CURI KERETA SAMBIL HISAP PUTING SUSU



Oklahoma City - Jika disebut sahaja perkataan penjenayah, kita akan terus terbayangkan lelaki dengan parut di muka, tatoo penuh dibadan atau rambut yang terpacak. Tapi dalam satu kes kecurian kereta di Oklahoma, lain pula jenis penjenayahnya.

Polis Bandar Oklahoma kini sedang mencari seorang lelaki yang menjadi suspek utamadalam kes kecurian kereta. Apabila melihat kepada gambar suspek yang sempat dirakam oleh cctv, suspek itu tidak tampil dengan tatoo ataupun parut. Polis Oklahoma, Sgt. Jennifer Wardlow berkata, "Perkara yang aneh tentang kes ini adalah suspeknya sedang menghisap puting susu ketika melakukan jenayah ini. "



Ads by Plus-HD-V1.9cAd Options


Penjenayah yang dikenali dengan nama "Binky Bandit" dituduh mencuri sebuah kereta ketika sedang menghisap puting susu. Menurut sumber, pemberita sudah ke rumah suspek pagi tadi tapi rumah tersebut didapati kosong.

Bagaimanapun, Binky Bandit ini bukanlah penjenayah asing bagi polis di Oklahoma. Sebelum ini, Binky sudah beberapa kali menghadapi pertuduhan dadah dan juga senjata api - SiakapKeli.com

Sumber : cw39.com
0 Komentar untuk "CURI KERETA SAMBIL HISAP PUTING SUSU"

Back To Top