Doa buat Naurah, masanya kian suntuk
SUNGAI PETANI – Melihat gambar sahaja sudah cukup untuk membayangkan penderitaan terpaksa ditanggung bayi berusia 34 hari ini.
Naurah Zara Alisya hanya terbaring kaku dengan wayar berselirat di tubuh munggilnya itu. Lubang di jantungnya juga semakin membesar. Jika sebelum ini 1.8 milimeter (mm), kini menurut doktor yang merawatnya, ia sudah membuka 7mm.
Begitulah perkembangan terbaharu bayi Naurah ketika wartawan Sinar Harian menemui ibu bapanya. Anak bongsu mereka yang menghidapi jantung berlubang sejak lahir itu masih dalam pemantauan rapi doktor di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) Hospital
Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah dan hanya ibu bapa dibenarkan melawat.
Ibunya, Azniza Aziz, 32, berkata, Naurah perlu menjalani dua pembedahan untuk membantu dia bernafas dengan lebih selesa.
“Kami diberi cadangan untuk merujuk kes Naurah ke Gleneagles Medical Centre (GMC) di Kuala Lumpur kerana kepakaran yang ada di situ," katanya.
Sementara itu, suaminya, Norhadzlan Harun, 42, berkata, bantuan sokongan daripada saudara-mara, kenalan dan orang ramai mula diperoleh setelah berita tentang penderitaan bayi mereka tersebar.
“Alhamdulillah setakat ini, dana terkumpul mencecah RM20,000 dan kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin tentang kesihatan Naurah.
“Berdoalah untuk Naurah, semoga dia kuat untuk jalani dua pembedahan apabila dana RM100,000 yang diperlukan itu mencukupi," katanya.
Yang nyata, masa makin suntuk dan pembedahan perlu dilakukan segera. Mereka yang ingin membantu, boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun CIMB bernombor 7021540056 atas nama Norhadzlan atau melalui akaun Maybank Azniza bernombor 157157762860.

0 Komentar untuk "Doa buat Naurah, masanya kian suntuk"