Unknown
Tuesday, September 23, 2014
Emma Maembong: Bayaran RM10,000 Untuk Telemovie Itu Perkara Biasa
Emma Maembong: Bayaran RM10,000 Untuk Telemovie Itu Perkara Biasa
Baru baru ini ada satu laporan akhbar menyebut yang Emma Maembong meletakkan harga tinggi sebanyak RM10,000 untuk kerja lakonan dalam satu telemovie walaupun tidak sebagai watak utama dan hanya melibatkan masa penggambaran tiga hari.
Untuk status Emma Maembong dan populariti yang beliau kecapi, kami rasa RM10,000 bukan satu jumlah yang besar untuk dibayar kerana kami sendiri ada pengalaman diminta membayar sebanyak itu oleh selebriti kurang popular untuk dua hari penggambaran. Heh.
Bercakap kepada Kosmo!, Emma Maembong juga berkata yang harga itu merupakan harga biasa yang beliau tetapkan selama ini lebih lebih jadi jika memegang watak utama namun tidak menolak untuk berbincang soal harga menurut kemampuan pihak produksi.
“Selama ini saya sering ditawarkan harga sebegitu oleh sesebuah syarikat produksi. Jadi, apabila ada syarikat lain yang mahu mengambil saya berlakon, memang itulah harga yang saya letak dan selalunya mereka akan menerimanya”
“Lagipun itulah harga yang telah ditetapkan sejak awal lagi, terutamanya kalau membabitkan saya memegang watak utama. Bagaimanapun, saya bersedia untuk berunding kalau ingin kurangkan harga,“ ujarnya mengulas perkara ini.
Emma Maembong menambah memang ada individu tampil menawarkan kerja lakonan untuk satu watak tambahan namun selepas diminta untuk diberikan bajet untuk bayaran, beliau tidak membalas dengan jawapan sehingga pelakon itu menerima tawaran lain.
“Bagi saya kalau jelaskan elok-elok tentang bayaran saya sedia untuk bantu & pertimbangkannya. Sebelum ini pun memang ada pihak yang meminta untuk kurangkan bayaran, saya menerimanya, asalkan rundingan dibuat terlebih dahulu serta berbaloi dengan kerja,“ tambahnya.
Sumber : Rotikaya
0 Komentar untuk "Emma Maembong: Bayaran RM10,000 Untuk Telemovie Itu Perkara Biasa"