HARGA ROKOK KELUARAN BRITISH AMERICAN TOBACCA DITURUNKAN SEMULA
British American Tobacco (Malaysia) Bhd (BAT) mengumumkan bahawa harga semua jenama rokok keluarannya akan dikaji semula untuk pra-kenaikan harga berkuatkuasa hari ini.
Dua minggu sebelum ini, kumpulan tersebut mengumumkan kenaikan harga rokok sebanyak RM 1 bagi rokok keluarannya.
Berikut adalah harga terbaru rokok keluaran BAT berkuatkuasa hari ini, 22 September 2014.
Pengarah Urusan BAT, Stefano Clini berkata, keputusan untuk kembali ke harga sebelum 8 Semptember dibuat untuk kekal berdaya saing dalam sektor ini.
Kenaikan sebanyak RM 1 sebelum ini telah dipenuhi dengan ulasan negetif dari penganalisis. Selain itu, BAT juga mengatakan kenaikan harga sebelum ini adalah kerana harga semasa tidak boleh mengimbangi sepenuhnya degan kos operasi. - SiakapKeli.com
Sumber : KiniBiz
0 Komentar untuk "HARGA ROKOK KELUARAN BRITISH AMERICAN TOBACCA DITURUNKAN SEMULA"