Powered by Blogger.

Hukum Melukis Gambar Makhluk

Hukum Melukis Gambar Makhluk

Assalam, saya tertarik dengan suatu Hadis yang dibacakan oleh seorang imam selepas solat Asar di Masjid Al-Imam Ash-Shafie tak lama dulu. Saya tak ingat keseluruhan Hadis tersebut, melainkan intipatinya adalah berkaitan Laknat Allah terhadap beberapa golongan manusia (wa'iyazubillah).. dan salah satu dari golongan tersebut adalah Pelukis atau Pengukir atau Penggambar atau (boleh dikategorikan) Fotografer. Adakah anda termasuk dalam kategori ini..!!?

lukisan zaman batu dalam sebuah gua di Bulgaria

Ancaman Kepada Pelukis !!

Terdapat khilaf ulama' dan juga perbincangan yang panjang lebar berkaitan hukum melukis gambar makhluk, manusia sama seperti perbincangan ulama' berkaitan Hukum Muzik. Walaubagaimanapon saya cuba mencari dan mengumpulkan dalil (kebanyakannya dari hadis-hadis) sahih berkaitan hukum melukis atau menggambar ini.


Maksud Hadis Nabi s.a.w.
"Orang yang paling mendapat siksa pada Hari Kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis / pengukir)".
[HR Al-Bukhari dalam Kitab Pakaian, (7/72), no. 834; Muslim dalam bab yang sama, 2109]


Rasulullah s.a.w. berkata,
"Pembuat gambar ini akan diazab pada Hari Kiamat".
Rasulullah s.a.w. menambah,
"Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar".
[HR al-Bukhari, Kitab Jual Beli, (3/34), no. 318]

Daripada Ibnu 'Abbas r.a.,
"Aku mendengar Muhammad s.a.w. berkata, "Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada Hari Kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya".
[HR Al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846]

Daripada ‘Aun bin Abu Juhaifa, Ayahnya menyatakan,
"Nabi melarang mengambil duit jual beli anjing Dan darah, melarang kerja-kerja membuat tatoo Dan mentatoo diri, melarang menerima atau memberi riba, Dan juga mencela pembuat gambar".
[HR Al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 299]

Daripada ‘Aisyah r.a. dia menjelaskan,
"Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah melihatnya, dia berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, "Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan RasulNya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?" Rasulullah berkata, "Ada apa dengan bantal ini?" Aku menjawab, "Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya".

Daripada Said bin Abu al-Hasan,
"Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, "Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini". Ibnu 'Abbas berkata, "Saya sekadar memberitahu apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, "Barang siapa membuat gambar dia akan diazab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya." Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu 'Abbas berkata padanya, "Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa".
[HR Al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428]

lukisan 3D untuk tujuan pembelajaran atau perubatan

Ibnu 'Abbas r.a. berkata padanya,
"Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa".
[HR Al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428]

Daripada Ibnu 'Abbas r.a.,
"Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya Ada anjing atau gambar". Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa".
[HR Al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338]

Daripada Abu Talha,
"Aku mendengar Rasulullah berkata, "Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa".
[HR Al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448]

Suatu ketika Malaikat Jibril a.s. berjanji kepada Nabi s.a.w. yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, "Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing".
[HR Al-Bukhari (4/54), no. 450]

Daripada Ibnu 'Abbas r.a.,
"Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim dan Mariam. Kemudiannya beliau berkata, "Benda apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar; termasuklah gambar (nabi) Ibrahim ini.. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan meramal dengan anak panah?"
[HR Al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570]

Daripada Ibnu 'Abbas r.a.,
"Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar". Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa".
[HR Al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338]

Daripada Aisyah r.a., Nabi menyatakan:
"Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar".
[HR Al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318]


Hukum Lukis Gambar Hidup - Ustaz Azhar Idrus




Hukum Melukis Kartun - Ustaz Idris Sulaiman


Kesimpulan Untuk Para Pelukis, Artis, Designer, Fotografer

Untuk para pelukis (termasuk aku sebagai seorang yg terbabit), lukislah / bergambarlah selain dari makhluk hidup, seperti pemandangan pokok-pokok, sungai, laut, yang tiada (makhluk) manusia atau haiwan. Ditakuti kita terjebak ke dalam golongan yang diancam azab seperti hadis-hadis di atas.

Dalam keadaan tertentu, yang dibolehkan (diharuskan menurut ulama') seperti melukis / menggambar untuk tujuan kerja, belajar / mengajar yang memerlukan lukisan / gambar, pastikan:
  • ianya semata-mata untuk tujuan tugasan atau belajar
  • bukan untuk suka-suka dan pamer / gantung sebagai hiasan
  • lukisan / gambar yang tak mendedahkan aurat (menutup aurat dengan sempurna)
  • tiada unsur-unsur dipuja atau untuk dipuji atau berniat menunjuk-nunjuk
wallahu'alam..

Semoga kita yang termasuk dalam permasalahan ini (khasnya diriku sendiri), dapat mengambil iktibar dan mengamalkan setiap ilmu yang telah diketahui (dipelajari).. insyllh..


Read more: http://mindloading.blogspot.com/2014/09/hukum-melukis-gambar-makhluk.html#ixzz3EDSqe0kH
0 Komentar untuk "Hukum Melukis Gambar Makhluk"

Back To Top