Powered by Blogger.

KETAGIH MAKAN DAGING KUCING DI JERMAN


Andernach (Jerman) – Seorang lelaki Vietnam di Jerman yang mengaku membunuh, memanggang dan memakan kucing jirannya hairan mengapa dia menjadi sasaran kemarahan pencinta haiwan.

“Apa salahnya makan kucing,” kata Tran Qui selepas dia ditahan kerana memanggang seekor kucing bernama Mungo milik seorang pesara tempatan.

Kini, pemilik kucing di Andernach di Rihneland terpaksa mengurung haiwan peliharaan masing-masing selepas Qui disyaki membunuh dan memakan 30 kucing yang hilang sejak beberapa bulan lalu.

Seorang jurucakap polis berkata: “Dia memasak haiwan itu di luar rumah. Mungkin sudah menjadi budaya Asia memakan daging kucing. Tetapi di Jerman, ia tidak boleh diterima.”

Seorang penduduk, Christina Sarwatka berkata, 30 kucing hilang baru-baru ini.

“Saya tidak akan biarkan kucing saya keluar lagi. Saya bimbang dia akan dimakan oleh lelaki itu,” katanya.

Qui, bapa lima anak, tinggal di bandar itu sejak dua tahun lalu dan berkata, dia merindui ‘masakan Vietnam.’

“Kerana itu saya masak daging kucing dan memakannya,” katanya.- Agensi
0 Komentar untuk "KETAGIH MAKAN DAGING KUCING DI JERMAN"

Back To Top