Unknown
Wednesday, September 17, 2014
Kini Hidup Bersama Buaya Terbesar Di Dunia
September 18, 2014 Berita Dunia
Seorang pemburu buaya yang menghabiskan masa 17 tahun memburu reptilia ganas itu kini hidup bersama buaya terbesar di dunia yang pernah ditangkap.
George Craig, 84, dari Green Island, Australia, menangkap buaya sepanjang 5.5 meter dan berat mencecah 1 tan itu 30 tahun lalu.
Sejak itu mereka ‘hidup bersama.’
Ketika muda, George menghabiskan masa memburu reptilia ganas itu dan memindahkan mereka ke kawasan selamat yang tidak menjadikan mereka ancaman kepada manusia.
‘Pasangannya’, Cassius ditangkap pada 1987 di sebuah sungai Wilayah Utara.
Buaya di kawasan berkenaan terkenal kerana saiznya yang besar.
Pada waktu itu, Cassius diancam dan diburu penduduk tempatan kerana dilihat sebagai ancaman kepada manusia selepas ia menyerang bot yang melalui sungai itu.
Jadi, George bertekad menangkap buaya yang sudah kehilangan kaki kiri hadapannya dan sebahagian ekornya akibat ‘pertempuran’ yang dilalui, untuk menyelamtkannya dan meletakkan reptilia itu di tempat perlindungan buaya miliknya.
0 Komentar untuk "Kini Hidup Bersama Buaya Terbesar Di Dunia"