K’JAAN PERAK AGIH 370 EKOR LEMBU UNTUK IBADAH KORBAN
IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengagihkan sejumlah 370 lembu untuk ibadah korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada 5 Okt ini.
Sumbangan haiwan itu untuk 52 kawasan Dewan Undangan Negeri, agensi dan jabatan kerajaan SERTA badan bukan kerajaan.
Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU) Datuk Ismail Saffian berkata program kali ke-5 itu merupakan program tahunan kerajaan negeri semenjak Perak ditadbir oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
“Kita menjemput 52 orang wakil rakyat, wakil agensi (dan jabatan) kerajaan SERTA badan bukan kerajaan untuk menerima sumbangan ini.
“Wakil rakyat di kawasan masing-masing akan menyerahkan sumbangan itu kepada masjid atau surau untuk ibadah korban,” katanya yang mewakili Zambry pada majlis Sumbangan Korban Perdana Negeri Perak di sini hari ini. – BERNAMA
0 Komentar untuk "K’JAAN PERAK AGIH 370 EKOR LEMBU UNTUK IBADAH KORBAN"