Powered by Blogger.

Lima pasangan dicekup khalwat

Lima pasangan dicekup khalwat

Oleh Mohamad Fahd Rahmat
Johor Bahru: Lima pasangan disyaki berkhalwat dicekup dalam Ops Sayang yang dijalankan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di Pasir Gudang, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa JAINJ Mohd Hafiz Abdul Rahman berkata, serbuan berkenaan dilakukan bagi mencegah aktiviti tidak bermoral yang sering dikaitkan dengan hotel bajet. 

Beliau berkata, operasi disertai oleh 20 anggota penguatkuasa MPPG dan 10 penguatkuasa JAINJ itu bermula kira-kira 11 malam tadi dan berakhir kira-kira 2 pagi.

"Seramai 11 lelaki dan wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Seksyen 27 (1) kerana berkhalwat.

"Operasi bersepadu antara JAINJ dan MPPG ini dijalankan dari masa ke masa bagi membanteras aktiviti tidak bermoral dan menyalahi undang-undang Islam selain membersihkan imej hotel bajet yang sering dipandang negatif oleh masyarakat," katanya. 

Turut serta dalam operasi adalah Pengarah Penguatkuasa MPPG Faridah Abdul Hamid.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/16

Related Post:

0 Komentar untuk "Lima pasangan dicekup khalwat"

Back To Top