Unknown
Saturday, September 27, 2014
Lima rakyat Malaysia dipenjara 568 tahun di Thailand
Lima rakyat Malaysia dipenjara 568 tahun di Thailand
Sebanyak lima lelaki rakyat Malaysia masing-masing dikenakan hukuman penjara sebanyak 568 tahun kerana melakukan pemalsuan kad elektronik di selatan Thailand.
Portal berita The Nation melaporkan, Mahkamah Jenayah Ratchadaphisek, di sini semalam memutuskan hukuman tersebut ke atas Francis Xavier Arulappan, 35; Mageswaran Balakrishnan, 23; Velanra J Vallanrasen, 22; Gunalan Kumaresan, 25; dan Kartik Sinansamy, 25.
Bagaimanapun, semua defendan hanya akan menjalani penjara selama 50 tahun berdasarkan hukuman penjara maksimum di bawah Akta Jenayah Thailand.
Mereka turut diarahkan membayar semula sebanyak 500,0000 baht (RM50,476) yang dicuri menggunakan kad tersebut.
Kelima-lima defendan didapati bersalah atas 142 dakwaan pemalsuan dan menggunakan kad berkenaan untuk mengeluarkan wang tunai berjumlah RM50,476.
Berdasarkan dokumen pertuduhan, lima lelaki bersama beberapa orang lain yang masih belum ditangkap menggunakan 700 kad palsu untuk membeli barangan dan mengeluarkan wang dari bank-bank di Krabi, Trang, Songkhla dan beberapa wilayah lain dalam 142 kejadian antara 2 hingga 26 April 2009.
Sumber : Utusan
0 Komentar untuk "Lima rakyat Malaysia dipenjara 568 tahun di Thailand"