Powered by Blogger.

MALAYSIA EKSPORT DURIAN SEJUK BEKU KE CHINA


"Sebelum ini, kerajaan dua negara sudah membincangkan mengenai pengeksportan durian dari Malaysia ke China dan kita sudah mencari satu alternatif terbaik untuk menjadikan raja buah itu lebih popular di pasaran China.

"Jadi, kita lihat pengeksportan durian sejuk beku membantu meningkatkan peluang pemasaran baharu durian ke China," katanya selepas melancarkan sistem MiTrace di astaka Malaysia, sempena Ekspo China-Asean ke 11 (CAEXPO ke-11) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Dzulkifli Mahmud; Presiden Interim Persatuan Pengeksport Durian Malaysia, Paul Mak dan Ketua Pegawai Eksekutif Meili Chuashuo Co Ltd Nanning, Sam Sun.

Sistem MiTrace dibangunkan hasil usaha sama antara Jabatan Pertanian, Mimos Bhd, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pemilik Pusat Pemprosesan Durian di Jerantut, Pahang.

Ka Ting berkata, pelancaran MiTrace adalah satu usaha membanggakan dan ia membantu meningkatkan nilai eksport buah itu ke China.

"Ini adalah satu kejayaan membanggakan kepada Malaysia untuk memasarkan durian ke China dan MiTrace akan meyakinkan pembeli bahawa durian yang dibeli mereka terdiri daripada buah berkualiti dengan harga berpatutan," katanya.

MATRADE menyasarkan durian sejuk beku bernilai RM8 juta dieksport ke China dalam tempoh hingga akhir tahun ini. ─ BH Online
0 Komentar untuk "MALAYSIA EKSPORT DURIAN SEJUK BEKU KE CHINA"

Back To Top