MAYAT BAYI PEREMPUAN DITEMUI DALAM BEG KAIN
KUALA LUMPUR – Mayat seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemui orang awam di sebuah pangsapuri di Rawang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata bayi itu yang diletakkan dalam sebuah beg kain berhampiran kotak peti surat di pangsapuri berkenaan, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi.
“Mayat bayi itu cukup sifat dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,”katanya ketika dihubungi.
Ali berkata tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang baharu dilahirkan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk tampil membantu siasatan. – BERNAMA
0 Komentar untuk "MAYAT BAYI PEREMPUAN DITEMUI DALAM BEG KAIN"