Minta segera alih pam pasir
Pam pasir ini berada terlalu hampir dengan Jambatan Victoria sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk.
CHENDEROH - Penduduk kampung berhampiran pekan Karai di sini, mendakwa kewujudan pam pasir di kawasan tersebut punca rumah mereka retak dan kawasan sungai terhakis.
Ketua Kampung Seberang Karai, Mohd Daud Martijahan, berkata, sejak ada pam pasir itu beberapa rumah penduduk retak dan tebing sungai runtuh.
"Selain itu, pendapatan nelayan sungai turut terjejas kerana kawasan berhampiran pam tidak banyak ikan disebabkan aktiviti menyedut pasir.
“Saya berpendapat rumah penduduk retak disebabkan aktiviti pam pasir kerana apabila pasir diambil, ia mengubah struktur tanah dan menyebabkan struktur tanah di kawasan lain terjejas,” katanya.
Menurutnya, lokasi pam pasir yang terletak terlalu hampir dengan Jambatan Victoria juga mungkin akan menyebabkan jambatan kereta api berusia lebih 100 tahun itu terjejas.
“Saya harap aktiviti menyedut pasir ini dialihkan ke tempat lebih sesuai untuk mengelak berlaku kejadian tidak dingin.
“Dalam masa sama, saya minta pihak berkenaan turun padang memantau aktiviti ini,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jambatan Victoria, Siti Norlizawati Narawi menegaskan pihaknya akan membawa perkara ini kepada pihak berkenaan untuk tindakan segera.
Menurutnya, aktiviti pam pasir itu pernah dihentikan seketika disebabkan tebing sungai runtuh, namun ia dijalankan semula sejak beberapa bulan lalu.
Katanya, dengan adanya pam itu turut mencacatkan pemandangan kerana Jambatan Victoria lokasi tumpuan pelancong.
“Kita tidak berniat menghalang mereka mengambil pasir namun lokasi itu tidak sesuai kerana hampir dengan kawasan pelancongan," katanya.

0 Komentar untuk "Minta segera alih pam pasir"