Powered by Blogger.

Murid Lelaki Mati Dipukul Hanya Kerana Gagal Menyiapkan Kerja Sekolah!

Seorang Murid Lelaki Dipukul Sehingga Mati Kerana Gagal Menyiapkan Kerja Sekolah !!

Memang cukup mengejutkan apabila seorang murid lelaki yang berusia sembilan tahun dipukul hingga mati oleh bapanya hanya kerana dia gagal menyiapkan kerja rumah diberi gurunya.

Jurucakap polis wilayah Phayao berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di daerah Muang pada malam Isnin yang lalu .

Ketika polis tiba di tempat kejadian,  budak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kelihatan darah dilihat keluar dari hidung dan mulutnya.

“Tangan kirinya juga kelihatan telah patah,” katanya.

Budak malang itu juga sempat dikejarkan ke Hospital Phayao dan menjalani rawatan imbasan pada kepala tetapi disebabkan kecederaannya agak serius, dia telah dirujuk ke Hospital Chiang Rai Prachanukroh.

Walau bagaimanapun, budak itu telah disahkan meninggal dunia awal pagi semalam .

Sementara itu, menurut bapa mangsa yang merupakan seorang juruteknik penyaman udara yang berusia 36 tahun mengaku mabuk ketika membelasah anaknya .

Menurut jurucakap polis, lelaki terbabit berang dan tidak dapat mengawal dirinya apabila mendapati mangsa belum menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh gurunya . – Mstar

0 Komentar untuk "Murid Lelaki Mati Dipukul Hanya Kerana Gagal Menyiapkan Kerja Sekolah!"

Back To Top