Unknown
Saturday, September 27, 2014
Penerbit Filem Warga Malaysia Ditahan Di UK Disyaki Pengganas
Penerbit Filem Warga Malaysia Ditahan Di UK Disyaki Pengganas
Seorang penerbit TV bebas warga Malaysia dan enam kru ditahan kerana disyaki sebagai pengganas selepas tiba di United Kingdom, awal pagi Jumaat.
Farihin Abdul Fatah memberitahu Astro Awani bahawa mereka ditempatkan di dalam penjara selama 48 jam kerana disyaki sebagai pengganas berhampiran Manchester.
Farihin Abdul Fatah memberitahu Astro Awani bahawa mereka ditempatkan di dalam penjara selama 48 jam kerana disyaki sebagai pengganas berhampiran Manchester.
“Kami baharu sahaja tiba di Holyhead, Wales dari Ireland kira-kira pukul 12.20 pagi dan ketika kami beratur untuk mengisi kad imigresen, kami ditahan seramai 20 anggota polis dan unit anjing pengesan,” katanya dalam Buletin Astro Awani 7.45 malam Jumaat.
Anggota kru diarahkan supaya memunggah bagasi mereka untuk diperiksa polis sebelum diberikan beberapa keping borang untuk diisi.
“Selepas menunggu selama empat jam, seorang anggota polis datang, memberikan pakaian seragam kepada kami untuk dipakai dan memberitahu kami ditahan kerana disyaki sebagai pengganas.
“Tangkapan itu membuatkan kami kehairanan,” kata Farihin.
Jelasnya, mereka ditahan kerana karavan kru terbabit didakwa mengandungi sejenis bahan kimia yang dipercayai bahan letupan.
Farihin dan anggota kru terbabit didakwa dibawah Akta Anti-Keganasan 2000.
Ketika di dalam penjara, Farihin dan anggota kru terbabit dilayan dengan baik.
Makanan disediakan dan mereka juga diberikan salinan Al-Quran dan sejadah untuk menunaikan solat.
Farihin merupakan individu penting disebalik kejayaan kumpulan nasyid terkemuka negara, Raihan.
Beliau berkata, anggota kru tidak dapat menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi ahli keluarga mereka.
Katanya, beliau tidak dibenarkan untuk menghubungi keluarga atau Kedutaan Malaysia di UK.
Farihin berkata, beliau sempat menghantar dua mesej kepada isterinya dan beberapa rakan rapat untuk memberitahu mereka mengenai tangkapan tersebut sebelum dibawa ke penjara.
Jelasnya, mereka diwakili peguam bertugas untuk membantu mereka dalam siasatan semasa tangkapan.
Farihin dijangka tiba di negara ini awal bulan depan.
Sumber : Mstar
0 Komentar untuk "Penerbit Filem Warga Malaysia Ditahan Di UK Disyaki Pengganas"