Powered by Blogger.

Penerbit Kumpulan Raihan Kena Tahan Di UK, Kerana Disyaki Pengganas

FARIHIN (berdiri dua dari kanan) bersama enam kru produksi yang ditahan pihak berkuasa UK, Jumaat lalu.
FARIHIN (berdiri dua dari kanan) bersama enam kru produksi yang ditahan pihak berkuasa UK, Jumaat lalu.
Kuala Lumpur: “Hanya kerana kami berjanggut pihak berkuasa United Kingdom (UK) terus menahan kami mengikut Akta Anti Keganasan selepas mengesyaki kami bertujuh adalah pengganas,” kata Farihin Abd Fatah, 49, yang ditahan di Wales, UK kerana disyaki menjalankan aktiviti keganasan di negara itu.
Beliau yang juga bekas pengurus dan penerbit kumpulan nasyid terkenal Raihan mendakwa ditahan di pangkalan feri ketika mahu memasuki UK melalui Ireland, Jumaat lalu.
“Kami mahu memasuki UK atas urusan menyiapkan rancangan dokumentari. Tidak sangka ia bertukar menjadi dugaan yang hebat dalam hidup hingga menyebabkan saya terpaksa tidur di lokap dua hari.
“Ketika itu saya ditahan untuk disoal siasat bersama enam rakan lain yang juga lelaki warga Britain beragama Islam,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro, semalam.
Farihin berkata, pihak berkuasa UK menahan mereka selepas melihat wajah kami yang berjanggut panjang yang dikaitkan dengan pengganas Islam.
0 Komentar untuk "Penerbit Kumpulan Raihan Kena Tahan Di UK, Kerana Disyaki Pengganas"

Back To Top