POLIS KEMBOJA RAMPAS DOLAR PALSU AS$7.16 JUTA
PHNOM PENH – Polis Kemboja menahan tiga rakyat Thailand yang disyaki membawa duit palsu AS$100 yang kesemuanya bernilai $7.16 juta, semalam.
Rampasan wang palsu itu adalah yang terbesar di negara itu di mana dolar Amerika Syarikat biasa digunakan untuk tujuan urus niaga kewangan.
Mejar Polis Song Sopheak berkata, pihak berkuasa bertindak atas maklumat dan mengekori kereta suspek selepas ia menyeberangi wilayah Battambang.
Katanya, mata wang palsu itu diisi dalam tiga kotak. – AP / BH Online
0 Komentar untuk "POLIS KEMBOJA RAMPAS DOLAR PALSU AS$7.16 JUTA"