PORTAL PRO PEMBANGKANG DIKECAM ISU UPSR BOCOR
Kementerian Pendidikan hari ini menyelar laporan portal berita Malaysian Insider bertajuk UPSR: Pengarah dan Timbalan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Tidak Pernah Digantung Tugas sebagai tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.
Kementerian itu dalam satu kenyataan memberitahu, kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr. Madinah Mohamad semalam dalam sidang akhbar semalam berkaitan penggantungan tugas Pengarah LPM, Dr. Nai'mah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasinya, Dr. Wan Ilias Wan Saleh selari dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Menurutnya, ketika dalam sidang akhbar itu, Madinah telah menjelaskan soalan daripada pihak media berkaitan terma digantung tugas dan bukan digantung kerja.
"Ketua Setiausaha telah menjelaskan penggantungan tugas adalah merupakan satu langkah pentadbiran yang diambil oleh Kementerian Pendidikan yang mana tidak berbentuk punitif atau hukuman yang bertujuan memastikan kelancaran proses siasatan kes kebocoran kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Bermula dengan pengumuman penggantungan tugas oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pendidikan, kedua-dua pegawai kanan berkenaan dikehendaki hadir bertugas di bahagian lain yang tidak ada hubung kait dengan Lembaga Peperiksaan," katanya dipetik Utusan.

0 Komentar untuk "PORTAL PRO PEMBANGKANG DIKECAM ISU UPSR BOCOR"