Powered by Blogger.

Punca Sebenar Lisa 'Berpisah' Dengan Yusry

Punca Sebenar Lisa 'Berpisah' Dengan Yusry

Telah melayari bahtera rumah tangga selama dua tahun bersama Yusry Abdul Halim ternyata kesibukan dalam tuntutan tugas sebagai artis membuatkan pasangan ini terpaksa ‘berpisah’.

Punca Sebenar Lisa 'Berpisah' Dengan Yusry, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, sensasi, yusry, lisa surihani

Sekurang-kurangnya buat ketika ini, kata Lisa Surihani. Masakan tidak, kalau Yusry sibuk dengan kerja-kerja produksinyaLisa juga tidak menang tangan dengan aktiviti seni.

Terbaru Lisa yang dipilih sebagai hos HBO Sentral dalam Bahasa Melayu sedang menjalani penggambaran filem muzikal, Sinaran arahan Osman Ali di Singapura.

“Saya memang agak sibuk ketika ini, memang agak sukar untuk berjumpa dengan Yusry kerana dia pun sibuk dengan urusan pasca produksi filem terbarunya, Cicakman 3.

“Kami berdua sibuk dengan tugasan masing-masing tapi saya tidak mahu mengeluh kerana industri ini adalah punca rezeki kami," ujarnya.

Namun Lisa memberitahu dia amat bertuah kerana mendapat suami yang bukan sahaja memahami tetapi juga amat mengambil berat terhadap dirinya.


Punca Sebenar Lisa 'Berpisah' Dengan Yusry, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, sensasi, yusry, lisa surihani

Walaupun sibuk Yusry tetap mencari masa berjumpa saya. Kalau sempat dia pergi ke Singapura untuk menjenguk saya. Walaupun jauh tanggungjawab dia sebagai suami tetap juga ditunaikan.

“Alhamdulillah saya dapat suami yang memahami. Keluarga baginya adalah perkara yang perlu diutamakan walau sesibuk manapun keadaannya," jelas Lisa lagi.

Diusik perihal soal anak selepas dua tahun melayari alam rumah tangga, Lisa seolah-olah mengelak daripada menjawab persoalan tersebut.

Bukan kurang senang tetapi bagi dirinya adalah lebih baik bercerita tentang kisah kerjaya berbanding peribadi.

“Bukan tidak mahu menjawab tapi sudah cukup rasanya cerita-cerita ini dikeluarkan sebelum ini, banyak sangat cerita hal ini nanti orang akan bosan nanti.


Artikel Penuh : utusan.com.my
- See more at: http://perihalnegara.blogspot.com/2014/09/punca-sebenar-lisa-berpisah-dengan-yusry.html#sthash.lROZPUAj.dpuf
0 Komentar untuk "Punca Sebenar Lisa 'Berpisah' Dengan Yusry"

Back To Top