Powered by Blogger.

RASUAH: 5 PEGAWAI KASTAM MENGAKU TAK BERSALAH



KUALA LUMPUR – Lima pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tidak mengaku di Mahkamah Sesyen, di sini sebentar tadi atas dakwaan menerima suapan berbentuk bayaran bulanan yang kesemuanya berjumlah RM76,000.

Suapan itu adalah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan berhubung kesalahan membabitkan barangan tidak diluluskan kastam iaitu arak.

Empat daripada pegawai terbabit sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alamberhubung kes sama pada Jumaat lalu.

Mereka adalah Mohd Ariffin Zakaria, 57; Sohaizan Othman, 41; Azlee Mohamed Yusof, 48; dan Hizam Abd Ghani, 56.

Seorang lagi pegawai yang baru didakwa ialah Ishak Abu, 55.

Kesemua mereka didakwa di tiga mahkamah berasingan dan dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah. - BH Online
0 Komentar untuk "RASUAH: 5 PEGAWAI KASTAM MENGAKU TAK BERSALAH"

Back To Top