REMAJA 14 TAHUN MANGSA ROGOL IKUT GILIRAN
KUALA DUNGUN – Seorang remaja berusia 14 tahun terpaksa melalui detik hitam apabila menjadi mangsa nafsu buas beberapa rakan lelaki yang bertindak merogolnya di beberapa lokasi berasingan.
Kejadian pertama dipercayai berlaku ketika mangsa mengikut dua rakan lelaki ke sebuah hotel murah di Dungun, manakala kejadian kedua berlaku di sebuah rumah di kampung Molek oleh dua lelaki berasingan selain satu lagi kejadian dikatakan berlaku di Bukit Besi.
Hasil pemeriksaan doktor, mangsa difahamkan dirogol beberapa kali dan empat lelaki dipercayai suspek sudah ditahan polis. - Sinar Harian
0 Komentar untuk "REMAJA 14 TAHUN MANGSA ROGOL IKUT GILIRAN"