Powered by Blogger.

SETIAP PENDUDUK DI KAWASAN INI MEMPUNYAI JET PERIBADI SENDIRI



Bayangkan sebuah kawasan perumahan yang mana setiap penduduk di situ mempunyai sekurang-kurangnya satu pesawat peribadi.. Rasanya macam imaginasi saja kan?

Tetapi, di sebuah kawasan perumahan di Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai Airpark, setiap penduduknya dikatakan mempunyai sebuah pesawat peribadi..



Kawasan perumahan tersebut dihuni oleh 5,000 penduduk dan mempunyai 1,300 buah rumah. Ramai diantara mereka bekerja sebagai professional seperti doktor, peguam dan juga ahli bisnes. Dan yang paling mengangumkan, kebanyakan mereka bekerja sebagai juruterbang professional.. Jadi tak hairanlah  kenapa ramai yang mempunyai pesawat peribadi masing-masing.

Jangan terkejut pula jika mereka-mereka ini sanggup menerbangkan pesawat mereka di pagi hari semata-mata untuk membeli sarapan! Bagi mereka itu sudah menjadi kebiasaan.






Bayangkan sajalah betapa besar kawasan rumah yang mereka perlukan untuk menyimpan pesawat mereka. Salah seorang dari mereka siap ada garaj untuk simpan sebuah pesawat Boeing 707 lagi! Haii pesawat dah jadi macam kereta.. - SiakapKeli.com
0 Komentar untuk "SETIAP PENDUDUK DI KAWASAN INI MEMPUNYAI JET PERIBADI SENDIRI"

Back To Top