Pelakon yang suatu ketika dahulu pernah menjalin hubungan cinta bersama Shila Amzah yang kini dipalit kontroversi, iaitu bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad telah memberikan sedikit nasihat untuknya bagi menjernihkan kembali suasana yang semakin hari semakin tegang.
“Berbaik-baik sudah. Sebab kita sama-sama dalam bidang ini, saya dengan media pun tidak ada masalah. Suatu ketika dahulu saya pernah dipanggil ‘anjing‘ oleh media, dan saya okay sahaja dan masih belum bertukar pun jadi anjing”
“Berbaik-baiklah sebab kita saling memerlukan kenapa tidak kita sama-sama membantu. Apa yang dia cakap itu ada yang betul dan apa media cakap pun betul sebab selama ini pun media yang banyak memberikan liputan kepada dia sebelum dia ke China”
“Sekurang-kurangnya kita bincang elok-elok. Itu yang saya cakap bahaya media sosial ini, sebab orang akan salah interpretasi, apa salahnya kita jumpa depan-depan dan selesaikan dengan cara yang elok,“ katanya penuh berhati-hati.
Dia sendiri juga tidak menafikan bahawa suatu ketika dahulu pernah melakukan kesilapan & tidak salah baginya untuk mengaku dan merendahkan sedikit ego yang ada pada diri untuk menjernihkan keadaan yang keruh ketika ini.
“Saya mengaku dulu ada buat salah sebab bagi saya kita manusia dan tak lari dari buat masalah. Saya berani untuk mengaku kesilapan saya dan harap orang orang yang melakukan kesilapan berani untuk mengaku kesalahan. Rendah kan ego, tak salah pun, orang lagi respek dan sayangkan kita,“ ujarnya bersahaja.
Sharnaaz yang kini dikatakan telah berkawan rapat dengan seorang model dan pelakon baru ini dilihat bersama semasa tayangan filem Dollah Superstar, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perhubungan mereka itu dan lebih selesa untuk bercakap mengenai kerjaya dan bisnes gymnya yang beroperasi di Segambut.
“Saya masih belum terfikir ke arah itu lagi dan sekarang ini sibuk menjalankan penggambaran dan perniagaan gym saya yang beroperasi di Segambut yang sekali masuk RM 5.00 sahaja,“ katanya yang memegang watak sebagai Shah Dazzle, dalam Filem terbarunya berjudul Dollah Superstar akan menemui peminat-peminat filem melayu tempatan pada 2 Oktober 2014. (rtky/hfz)
0 Komentar untuk "Sharnaaz Nasihat Shila Amzah Supaya Berbaik Semula Dengan Media"